Gerakan Tanah Air

Gerakan Tanah Air (Jawi: ‏ݢرقن تانه اءير‎‎, GTA) ialah sebuah gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan di Malaysia yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Gabungan ini terdiri daripada empat parti utama, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta keterlibatan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh masyarakat.Penubuhan GTA diumumkan pada 4 Ogos 2022 dalam sebuah sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur dan memberi keutamaan kepada perjuangan hak orang Melayu Bumiputera dan menukar kerajaan sedia ada.[1] Adapun GTA dijangka akan bertanding 120 kerusi pada pilihan raya umum Malaysia ke-15 (PRU-15) terutama di kawasan-kawasan Melayu yang ditandingi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Gerakan Tanah Air

Kedudukan politik Sayap kanan
Singkatan GTA
Keanggotaan
Pengasas Mahathir Mohamad
Didahului oleh
Kerusi Parlimen 4
Slogan Malaysia Unggul dan Bermaruah
Ideologi
Kerusi DUN 5
Ditubuhkan 4 Ogos 2022
Agama Islam Sunni